Perkongsian 1 - Penghasilan buku
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam siri perkongsian pengalaman ini, mungkin ianya tidak disusun seperti cerita masa kecil, masa dewasa, sebelum dan selepas kahwin, belajar di sekolah rendah dan menengah, di maktab perguruan ataupun di universiti. Ini disebabkan pengalaman itu datang macam ilham juga, ingat kemudian terus berkarya. InsyaAllah selepas beberapa peringkat, siri perkongsian ini akan dibuat mengikut tertib yang saya sebutkan di atas.

Ini merupakan beberapa karya yang dihasilkan. Buku-buku ini khusus dibuat memandangkan bidang saya adalah guru sains rendah. Di anugerahkan pula sebagai guru cemerlang sains, Jadi sesuailah dengan bidang saya.
Rupanya nak menghasilkan sesebuah buku, pengetahuan, pengalaman, ruang waktu yang digunakan dan penerbit yang akan menghasilkan buku kita merupakan antara faktor yang sangat penting untuk menghasilkan karya.
Satu lagi faktor penting ialah kredibiliti kita sendiri. Kebetulan saya banyak terlibat dengan apa yang dikatakan sebagai jurulatih utama sains negeri, daerah dan kawasan. Terlibat dengan pelbagai bidang di Kementerian Pendidikan Malaysia - sebagai gurka je, wakili negeri untuk pelbagai mesyuarat berkaitan sains.
Justeru, perkara ini rupanya menjadi minat penerbit buku. Saya diekori banyak tempat semasa menghadiri kursus atau bengkel oleh penerbit hinggalah mereka pancing saya untuk menerbitkan buku di bawah syarikatnya - syarikat Mybooks.com. Ketika memberikan satu kursus sains di Temerloh, akhirnya saya menerima pelawaan syarikat untuk menulis buku. Jeng, jeng. Makanya, bermulalah aku sebagai penulis.
Income?, boleh tahan juga. Untuk selama aku menulis buku bersama mybooks.com ni, ribu-riban juga aku perolehi. Berbaloilah dengan masa yang aku korbankan. Apa?, nak buku ni, pm tepi je atau email kat saya, zaidiomar1964@gmail.com. ataupun boleh terus ws - https://wa.me/60176408661
Perkongsian tentang penulisan buku ni, kita hentikan dulu ya. Baca lebih-lebihkan rasa boring pulakkan. InsyaAllah sesiapa yang ingin berkongsi cara menghasilkan buku boleh email kat saya.
Sekian, wassalamu.
cikgudie.blogspot.com
Pernah juga menulis buku dgn Cg Zaidi..terima kasih bg peluang kat saya timba ilmu dgn sifu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Tanpa sahabat dan rakan-rakan, siapalah kitakan.
Delete