Berkongsi Pengalaman

Di usia 56 tahun, terlalu banyak pengalaman yang boleh dikongsikan. Dari pelbagai aktiviti yang aku ceburi sama ada sebagai seorang bekas guru, seorang yang terlibat dengan NGO, sebagai seorang ketua keluarga mahupun perkongsian dalam soal politik. Semuanya akan ku kongsi untuk manfaat bersama jika ada.

Dalam banyak-banyak pengalaman, tentulah aku akan berkongsi lebih banyak pengalaman sebagai seorang guru, daripada seorang guru biasa, guru cemerlang dan guru yang berada sebaris dengan pentadbir sebagai guru penolong kanan pentadbiran.

Dari pengalaman seorang guru, aku akan gunakan peluang untuk membimbing sahabat-sahabat guru yang sedang berkhidmat sebagai seorang guru, bagaimana untuk meningkatkan profesionalisma kita sebagai seorang guru. Khususnya terhadap tugas hardcore di bilik darjah dan kalau diperincikan lagi ialah dari sudut PDPC kita.

Pengalaman sebagai guru cemerlang pula, aku akan kongsikan ilmu yang ada untuk membimbing murid-murid sekolah khususnya yang berada di tahun 6 yang masing-masing sibuk dengan belajar untuk cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Semasa artikel ini ditulis, negara kita sedang bergelut dengan wabak Covid 19 dan secara kebetulan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun membuat keputusan membatalkan peperiksaan UPSR dan PT3 demi untuk keselamatan pelajar.

Sebagai seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran, walaupun berusia 4 tahun tetapi banyak pengalaman berharga yang boleh aku kongsikan khususnya bagaimana kita berhadapan dengan karenah guru-guru, ibu bapa dan tidak lupa dengan karenah pihak atasan seperti di PPD, JPNP mahupun di kementerian sendiri.

Justeru, kita akan mulakan sesi perkongsian pengalaman ini dari masa ke semasa untuk kebaikan bersama, InsyaAllah. Penulisan saya nanti tidak akan fokus perkara-perkara yang negatif.

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian 10 - NPQEL

Perkongsian 1 - Penghasilan buku

Perkongsian 5 - Rehal Covit19