Perkongsian 14 - Kehilangan dalam keluargaku
Ini adalah sebahagian ahli keluarga sebelah ibu tiriku. Aku kehilangan ibu kandungku semasa aku berusia 9 tahun. Hanya sebahagian kecil kenangan yang mampu aku ingati, maklumlah masih budak-budak. Selang dua tiga tahun, aku mendapat seorang ibu baru. Panggilan orang Terengganu untuk ibu adakalanya lebih mesra dengan panggilan sebagai cek.
Aku membesar dengan asuhan dan didikan cek. Aku ada 7 orang adik-beradik sebelah ibu kandungku, Din, aku sendiri, Mohd Zaid (Almarhum), Mohd Ali, Zahari (Almarhum), Wahab dan abang sulungku Abdul Manan (Almarhum). Sementara adik-beradik sebelah ibu tiriku ialah Anuar, Mek (Hidayah), Fadhil, Saufi, Noor, Joe, Ayu dan Mimi. Mereka menetap di persekitaran Kuala Terengganu dan rumah induk ibuku ialah di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu. Saban tahun, aku akan balik ke Durian Burung untuk menyambut hari raya dan ada masanya di Kuala Berang di rumah abangku, Mohd Ali dan Allayarham Mohd Zaid.
Apa yang sedihnya, aku kehilangan orang-orang yang tersayang dalam sekelip mata. Cek menyahut panggilan Illahi pada 7 September 2019, Abang Zahid, 8 Februari 2020, Abang Zahari, 3 April 2020 dan Tokayah Ali, 11 April 2020. Sementara abang sulungku, Abdul Manan sudah lama meninggal dunia. Kehilangan cek, abang-abangku dan tokayah dalam masa yang singkat kecuali abang sulungku sememangnya sangat menghibakan.
Ya Allah ya Tuhanku, Engkau ampunilah dosa-dosa ahli keluargaku yang telah pergi mengadapMu. Himpunlah mereka bersama-sama orang yang beriman dan bertakwa. Jauhilah dari siksaan kuburMu, jauhilah siksaan di Padang Mahsyar dan tempatkanlah mereka di dalam SyurgaMu. Aamiinn.
Alfatihah.
Alfatihah utk semua yg tlh kembali kepada pencipta. Semoga ditempatkan dalam kalangan insan beriman
ReplyDeleteTerima kasih Datin...semoga urusan datin dipermudahkan...Aamiinn
Delete