Perkongsian 2 - Umrahku
Tahun 2018, aku pernah muatnaik ke akaun FB ku, mohon perkenan Allah SWT supaya menjemputku sebagai tetamuNya. Setahun kemudian, seakannya permohonanku direstui apabila aku dan isteri berangkat ke Mekah mengerjakan umrah. Terima kasih Allah.
Makanya pada 22 Februari hingga 06 Mac 2019 berangkatlah aku dan isteri menunaikan umrah bersama hampir 100 orang jemaah yang lain menggunakan khidmat agen TH Travels.
Sekurang-kurangnya aku telahpun menjejaki kakiku di bumi Harmain, Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, semua aktiviti ibadah umrah dapat aku dan isteriku sempurnakan.
Nasihat aku kepada rakan-rakan dan sahabat yang belum lagi mengerjakan umrah dan terlalu ingin untuk melakukannya, berdoalah, jangan putus asa untuk berdoa. Dan yang paling penting apabila dijemput Allah SWT ke bumi Mekah, lakukanlah latihan agreasif di tempat sendiri seperti latihan berjalan dan lain-lain.
Ikutilah kursus-kursus umrah atau haji yang disediakan oleh agen ataupun Tabung Haji kerana pengalamannya sangat berguna apabila benar-benar berada di Mekah untuk menunaikan umrah.
Selama 9 hari berada di Mekah dan Madinah telah mengajarku erti sebuah kehidupan. Ucapan syukur tak pernah lekang dari bibirku setiap kali berada di hadapan Kaabah, di Raudhah dan di mana jua di bumi barokah ini.
Walaupun kali pertama mengerjakan umrah, aku dan isteri beriltizam untuk mengunjunginya lagi, sama ada mengerjakan ibadah haji mahupun umrah. InsyaAllah, semoga doaku untuk mengerjakan haji dan umrah akan diperkenankan Allah SWT. Aamiin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletealhamdulillah sahabatku dah sampai sana ..014-6692575
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya dengan izin Allah SWT.
Delete