Perkongsian 4 - Penceramah Sains

Sejarah aku menjadi menjadi penceramah khususnya sains rendah bermula sebaik aku menjadi guru cemerlang sains Tahun 2003. Sejak dari itu mungkin beratus atau lebih ceramah sains aku berikan. Jemputan untuk berceramah pula datang bertali arus baik dalam daerah sendiri di Kuantan, di luar daerah Kuantan dan ada masanya di luar negeri Pahang.

Performance sebagai penceramah sebenarnya datang dari sikap kita sendiri. Kita kena berani bercakap di depan audien dan ini boleh diperolehi melalui latihan. Saya kadang-kala berlatih di depan cermin. Sebenarnya, tiada sesiapun yang boleh mendakwa tidak pernah berguru kerana cermin adalah guru kita yang paling ampuh.


Selain dari keberanian, ilmu pengetahuan, pengalaman dan aura sedia ada pada diri kita juga merupakan antara syarat untuk kita menjadi penceramah yang berjaya. Kita mesti bijak membaca kelompok audien kita sama ada murid-murid sekolah yang pelbagai tahap, guru-guru, ibu bapa, golongan elit, terpelajar dan sebagainya.

Cara penyampaian kita dinilai sama ada disukai atau sebaliknya. Petanda sama ada kita berjaya atau tidak dalam penyampaian kita ialah dilihat daripada respon pendengar. Kalau mereka seronok, rajin bertanya, bertepuk tangan keriangan, sentiasa senyum semasa berada di dewan ceramah, melibatkan diri dalam persembahan merupakan indikator kejayaan kita. Sekiranya kita dijemput lagi untuk masa-masa akan datang itu merupakan satu bonus kepada kita.


Bagi diri saya, saya memilih cara penyampaian yang sederhana, santai, tidak eksterim, mudah difahami, bersifat kontekstual, contoh-contoh yang mudah diterima dan punyai hubungan yang rasa dekat dihati pendengar.

Justeru, seperti yang saya katakan, kebolehan kita membaca tahap pendidikan penonton sangat penting dan kita kena bersedia untuk hadapinya. Kita kena kreatif menghidupkan suasana dan jangan lupa melibatkan diri kita dengan penonton. Semuanya terletak kepada kebijaksanaan kita menguruskan sesi sesuatu ceramah.


Akhirul kalam, terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang guru sepenuh masa. Mohon maaf daripada saya.

cikgudie.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perkongsian 10 - NPQEL

Perkongsian 1 - Penghasilan buku

Perkongsian 5 - Rehal Covit19