Perkongsian 5 - Rehal Covit19


Dinamakan Rehal Covid-19 kerana rehal ini muncul di musim wabak pendamik tersebut. Sebenarnya sebulan sebelum datang Ramadhan ini , saya sudahpun gunakan secara peribadi rehal ini untuk solat berjemaah bersama ahli keluarga. Rehal bersaiz tinggi ini sukar didapati di pasaran kecuali jika kita membuat tempahan khas. Dari situlah datangnya idea untuk menghasilkan Rehal C-19.  

Tidak ada formula, tiada design dan tidak ada plan khas untuk menghasilkan C-19. Semua bermula dengan apa yang terlintas difikiran. Alatan dan barangan pula hanya menggunakan apa yang ada sahaja - kayu siling, papan plywood. Paku, tukul, gergaji, pembaris memang kena adalah. Dengan sedikit asas pertukangan maka bermulalah pembuatan Rehal C-19.



Sebaik dihasilkan, selepas digunakan beberapa minggu dan teringat pula bulan Ramadhan yang menjelang tiba, saya telah kongsikan di FB saya melalui Komuniti Kuantan dan aplikasi WS kumpulan tertentu. Dari situ, bermulalah pertanyaan dan tempahan. Ingatkan satu dua, rupanya dari masa ke semasa tempahannya meningkat. Memikirkan musim C-19, masa pula banyak terluang di samping memikirkan pula sedikit kebajikan yang mampu dibuat maka saya mula menerima tempahan.

Runsing juga memikirkan musim PKP ini kedai-kedai hardware tidak menjalankan perniagaan tapi dengan rezeki Allah SWT, adalah satu kedai hardware di batu 6, bawah flight over simpang Pekan yang buka. Dari situlah bekalan kayu dan alatan yang saya perolehi.

Banyak juga tempahan yang diterima, termasuk dari luar Kuantan dan Pahang. Namun, tempahan dari luar Pahang seperti Putrajaya, Selangor, Perak dan Terengganu  tidak mampulah untuk saya terima di musim PKP ini. Alhamdulillah lebih 20 tempahan Rehal C-19 dalam Kuantan telah disiapkan dan mereka siap membalas posting gambar yang digunakan. Dalam pada itu, ada juga anak buah yang minta tolong saya siapkan sebuah meja Jepun. Maka bertungkus-lumuslah pula kita menyiapkan meja Jepun tersebut.

Satu peristiwa yang dianggap lucu ialah apabila anak saya melakukan COD Rehal C-19 ini di sekitar Tanah Putih Baru, Kuantan. Sebaik penghantaran dibuat, semasa balik melalui jambatan Tanah Putih, kebetulan ada roadblock. Selepas selesai bersoal jawab dengan abam polis, polis itu pula menempah dua buah rehal lagi.

Selesai semuanya, aku tersenyum puas. Paling tidak dapat berbakti kepada orang yang memerlukan khususnya untuk menunaikan solat fardhu dan solat tarawikh. Terima kasih kepada anak-anakku yang menolong dan isteri yang sentiasa memberikan sokongan. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya dan Rehal C-19. Semoga bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Salam Ramadhan Kareem.




Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian 10 - NPQEL

Perkongsian 1 - Penghasilan buku