Perkongsian 6 - Bakat Penulisan di MPKTBR


Nak kata berjiwa besar takdelah juga. Tapi di Maktab Perguruan Batu Rakit, Terengganulah bakat penulisan dan karya aku bermula. Ringkas cerita, selepas dilantik exco penerbitan melalui satu pilihanraya kampus waktu itu, akulah menjadi juak menulis banyak karya di dalam penerbitan buku dan sastera.

Percaya atau tidak, aku pernah menyertai sayembara puisi peringkat negeri anjuran Petronas Terengganu. Perghhh, baca puisi kita bang. Di hadapan ratusan penonton yang hadir, aku mula mengorak langkah ke tengah pentas. Rupanya bila berada di pentas, dengan kilauan lampu limpah berwarna-warni, kita hampir tidak nampak penonton, yang ada suara riuh-rendah. Tenang, relax dan bersahaja, aku membaca puisi bait demi bait, rangkap demi rangkap dan akhirnya selesai. Aku senyum je sebab tak tahu apa yang aku baca dan apa yang aku bicarakan. Yang pasti, menitik juga air mata aku seusai persembahanku.

Bila pensyarah aku tegur kenapa aku menangis sedangkan dalam skrip takdepun, aku hanya mampu menjawab, aku teringatkan arwah ibuku yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara kemuncak, adalah pengumuman keputusan pertandingan. Satu-satu nama penerima saguhati disebut. Nama aku takde juga dalam senarai tu. Sehingga tiga nama terakhir, akhirnya namaku dipanggil dan diumumkan sebagai Johan Sayembara Puisi Petronas. Hihihi...lagilah menangisnya aku. 

Pembaca sekalian, setiap daripada kita punyai minat dan bakat tersendiri. Asahlah bakat tersebut, jangan biarkan ianya berlalu pergi. Itu yang disebut setiap orang mempunyai potensi diri. Kembanglah bakat yang ada waima dilihat mustahil untuk direalisasikan tapi tidak mustahil juga untuk dikecapi.



Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian 10 - NPQEL

Perkongsian 1 - Penghasilan buku

Perkongsian 5 - Rehal Covit19