Perkongsian 7 - XY6 SKSI


Kalau tidak silap aku, ini merupakan acara gathering pertama kumpulan yang dinamakan sebagai XY6 SKESI, diadakan di Pantai Sepat, Kuantan pada 12 Mac 2017 hari Ahad. Hari Keluarga ini lebih kepada menunjukkan keakraban ahli-ahlinya yang sebahagian besar merupa guru-guru Tahun 6.

Sempat berhimpun satu malam di resort berdekatan maka bermacam-macamlah cerita dan gelagat kita orang bila berjumpa. Berkongsi pengalaman, cerita-cerita hits masa itu jika ada di samping bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Ini semua menambahkukuhkan silaturrahim antara kami.

Perhimpunan seperti ini tidak sah jika tidak diadakan acara sukaneka. sebenarnya acara inilah yang dinanti-nantikan oleh kaum kerabat XY6 SKSI lebih-lebih lagi kepada anak-anak ahli keluarga yang hadir bersama. Hadiah menang dan kalah bukanlah keutamaan tapi semangat dan roh perhimpunan itu yang sangat penting. Acara gathering itu akhirnya berakhir dengan sempurna.

Hingga hari ini, Grup XY6 SKSI masih aktif sama ada melalui perjumpaan atau sesi ngeteh mahupun melalui hubungan akrab menggunakan aplikasi Whassap, telegram dan sebagainya. Selepas acara ini, setahun kemudian satu lagi gathering diadakan di salah satu resort di Pantai Sungai Karang.

Semoga ikatan silaturrahim terus berkekalan. Terima kasih kepada Cikgu Fizan, Ustaz Shaffir, Ustaz Hussin, Cikgu Anizah, Kak Gie dan beberapa orang guru lagi yang tak mampu saya ungkapkan di atas dedikasi kalian menjayakan pelbagai program gathering termasuk minum petang dan lain-lain.


Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian 10 - NPQEL

Perkongsian 1 - Penghasilan buku

Perkongsian 5 - Rehal Covit19