Perkongsian 3 - Berdepan dengan murid-murid kelas belakang


Ada sesetengah guru, mungkin mempunyai emosi tersendiri bila berdepan atau mengajar murid yang berada di kelas belakang. Walaupun banyak sekolah tidak lagi mengadakan kelas streaming tapi percayalah banyak juga sekolah yang tetap dengan budaya sekolah, mengadakan juga kelas streaming khususnya untuk kelas peperiksaan seperti UPSR dengan alasan yang tersendiri.

Saya ingin berkongsi tips melalui pengalaman saya bila kita berdepan dengan murid-murid yang lemah yang biasanya mempunyai pelbagai gelaran. Cikgu mesti bersedia menghadapinya dan itulah cabaran sebenar andainya kita ingin melaihat performance sebenar kita.

Antara tips yang boleh cikgu pertimbangkan ialah,
1. Mengajar secara santai
2. Gunakan bahasa yang mudah difahami
3. Contoh-contoh yang cikgu beri mesti secara konstektual - dalam kehidupan murid
4. Libatkan mereka dalam kerja kumpulan - kerja yang diberi mesti mengikut level mereka
5. Berikan anugerah, hadiah, saguhati dan kata puji-pujian
6. Ajarkan dengan satu persatu kemahiran mengikut kaedah masteri
7. Jangan harapkan pencapaian dan peningkatan yang terlalu tinggi
8. Pencapaian gred dari E ke D, D ke C adalah sangat cemerlang bagi mereka
9. Jika ada murid yang dapat B atau A itu satu bonus - bukan mustahil
10. Perancangan dan penyediaan PDPC cikgu sangat penting

Alhamdulillah, sejak mengajar subjek sains sekian lama, tidak ada detik yang paling manis selain murid-murid kita yang kita ajar di kelas belakang lulus 100%, berbanding murid cemerlang yang berada di kelas-kelas depan yang juga lulus 100%. Saya sudah lakukan di SK(LKTP) Lepar Hilir 1, Kuantan juga beberapa buah sekolah sebelum ini bersama-sama rakan cikgu yang lain.

Ada soalan?..emailkan kepada saya atau paling mudah WS ke https://wa.me/60176408661




Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian 10 - NPQEL

Perkongsian 1 - Penghasilan buku

Perkongsian 5 - Rehal Covit19