Perkongsian 22 - Ikon Kebajikan Negara : Ustaz Ebit Liew
Kisah Ustaz Ebit Liew dengan kerja-kerja amal dan kebajikan beliau seakannya menjadi fenomena buat masa kini. 'Road tour' UEL mendapat perhatian dan tumpuan warganet. Walaupun media masa arus perdana khasnya televisyen tidak mendapat tempat dan jarang untuk menyiarkan perjalanan UEL, ianya tidak menghalang usaha-usaha dakwah dijalankan oleh UEL.
Berbekalkan tagline 'keluarga sunnah' dan 'Allah sayang kita semua', Ustaz Ebit Liew terus melangkah dengan penuh yakin untuk menyampaikan dakwah dan dalam masa yang sama menyalur pelbagai sumbangan khususnya dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, usaha kebajikan yang dilakukan oleh UEL menempuh sedikit kontroversi apabila ada pihak lain yang cuba mempertikaikan cara pertolongan dan kebajikan yang dibuat UEL. Ada yang cuba mengupas soal keikhlasan hati UEL seterusnya menunjukkan sifat riak dan takabur beliau. Ada juga yang mendakwa, bantuan UEL kepada fakir miskin yang memerlukan tidak mengikut cara yang betul. Tiada makluman, tiada keizinan daripada tuan tanah atau pimpinan setempat atau daripada kerajaan sesebuah negeri.
Berikutan isu tersebut, Ustaz Ebit Liew dipanggil Polis Bukit Aman apabila ada pihak lain yang membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati cara dakwah yang disampaikan UEL. Takdir Allah SWT mengatasi segala-galanya, tidak sampai satu minggu, pihak polis berpuas hati dengan keterangan UEL dan seterusnya memberikan kebenaran khas untuk UEL dan krew beliau untuk meneruskan kerja amal kebajikan.
Dalam posting FB UEL, beliau terpaksa menerangkan secara publik, siapakah UEL yang sebenarnya bagi meredakan keadaan dan supaya fitnah tidak menyusul bertali-arus. Secara ringkasnya, UEL merupakan anak didik penceramah motivasi tersohol tanah air, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Kemudian bergerak dengan syarikat dan konsultannya sendiri. Menjadi kaya raya dengan pemilikan beberapa buah restoran, kedai butik dan yang paling terkenal ialah melalui syarikat Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas.
UEL bergerak aktif menjalankan kerja-kerja amal beliau melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia dan saya percaya sumbangan besar pertubuhan tersebut juga datangnya daripada UEL sendiri. Dalam menentukan kelompok yang perlu dibantu, saya juga yakin UEL mempunyai kaedahnya tersendiri. Yang penting bantuan yang diberikan tidak mengira warna kulit, kaum dan agama.
Dari sinilah, kehebatan UEL tidak mampu ditandingi walaupun kerja kebajikan ini bukanlah untuk dipertandingkan. Keadaan ini jugalah membuatkan masyarakat sangat menyayangi beliau bukan sahaja daripada umat Islam sendiri bahkan daripada kalangan yang bukan Islam.
Kaedah yang digunakan oleh UEL sangat mudah, tidak perlu mengikut prosedur yang ketat, tidak perlu hamparan permaidani merah untuk menyambut beliau, sebaik rezeki Allah terbuka, UEL memulakan perjalanan dan proses penyampaian bantuanpun bermula.
Cara inilah yang membezakan antara UEL dengan pihak NGO dan pimpinan setempat yang lain. Sepatutnya, kerja-kerja kebajikan UEL diberikan sokongan penuh kerana pimpinan masyarakat setempat mungkin mempunyai dana yang terhad atau berbelit dengan prosedur yang ketat. Menimbulkan polimik tentang cara kerja UEL akan mengundang kemarahan masyarakat dan keluarga warganet apatah lagi jika mengutuk atau memberikan kritikan liar tanpa usul periksa.
Kepada UEL dan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, teruskan usaha dakwah dan kerja-kerja amal yang telah dirancang, saya amat yakin di belakang UEL ada berjuta manusia yang menyokong usaha murni ini.
#Allah Sayang Kita semua.

Comments
Post a Comment