Perkongsian 23 - Aku dan SK Sungai Isap, Kuantan


Aku mendaftar masuk ke SK Sungai Isap, Kuantan pada 01.01.2000. SK Sungai Isap merupakan sekolah yang ke 3 aku ditempatkan selepas berkhidmat di SK Jabor, Kuantan - 1987 hingga 1994, SRK Pengkalan Tentera, Kuantan - 1994 hingga 1999. Kedatanganku disambut oleh guru besar ketika itu, Puan Hajjah Noresah.

Lama juga aku bertugas di SK Sungai Isap, 15 tahun lamanya sebelum aku berubah angin ke SK Sungai Talam, Kuantan dan mengakhiri khidmatku di SK (LKTP) Lepar Hilir 1, Kuantan. Celoteh aku tentang pengalamanku di semua sekolah yang aku lempiaskan khidmatku akan ku cerita dari masa ke semasa dalam beberapa siri perkongsian yang akan datang.

Di SK Sungai Isap, aku berusaha sebaik mungkin untuk sama-sama memajukan sekolah dengan rakan-rakan guru yang lain. Keringatku dan warga SK Sungai Isap terakannya rasa berbaloi apabila sekolahku berjaya mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara kategori luar bandar pada tahun 2006.

Sepanjang aku berada di SK Sungai Isap, Kuantan, aku sempat berkhidmat di bawah lima orang guru besar. Bermula dengan Puan Hajjah Noresah, Puan Kamariah Nan, Datuk Mohamad Sabri dan akhirnya Cikgu Mustaffa Mat. Masing-masing punyai stail dan karektor masing-masing. Alhamdulillah, aku tidak ada sebarang masalah dengan semua guru besar sepanjang aku berada di sekolah itu.

Terlalu banyak kenangan dan memori indah tercipta di SK Sungai Isap. Aku akan ceritakan juga pengalamanku ini pada dari masa ke semasa supaya ingatan ini terus berkekalan sepanjang hayat. Cuma kali ini aku hanya garapkan sekadar mukadimah sebelum cerita spesifikku hadirkan akan datang.

Sekadar sepintas lalu, aku himpunkan segala kenangan ini dalam bentuk tagline, ingat SKSI ingat - Karnival PIBG, Bekwah PIBG, Anugerah Sekolah Cemerlang, Guru Cemerlangku lahir di sini, Surau Sekolah, Bangunan Baru Sekolah, Bilik Guru Baru Sekolah, Tempat Lambakan 5A, Ceramah Perdana, Banjir Besar, Rakan-Rakan Guru Cemerlangku, Guru Tahun 6, Bilik Pakar, Cubaan Menukar Nama Sekolah kepada SK Toh Puan Rahah dan banyak lagi yang tidak mampu aku tuliskan.

Terima kasih kepada warga SK Sungai Isap, Kuantan yang sudi menerimaku seadanya. Hanya itu yang mampu aku usahakan. Terima kasih kerana memberikan pengalaman, menghimpunkan jutaan pengetahuan. 

Kipidap SK Sungai Isap, Kuantan, namamu tetap segar dalam ingatanku.

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian 10 - NPQEL

Perkongsian 1 - Penghasilan buku

Perkongsian 5 - Rehal Covit19