NPQEL merupakan satu kursus persediaan untuk guru-guru kanan menjadi seorang Pengetua atau Guru Besar (PGB) disesebuah sekolah. Mungkin kaedah perlantikan PGB sebelum ini masih boleh diperbaiki maka NPQEL adalah wadah tepat ke arah melahirkan seorang pemimpin yang berkualiti dan instruksional. Meskipun perlantikan seorang PGB kelulusan NPQEL tetap menimbulkan kontroversi tetapi sekurang-kurangnya ia lebih baik dari kaedah perlantikan sebelum ini. Maka, muncullah pelbagai teori tentang buruk dan baiknya lantikan NPQEL sebagai PGB. Cuma pada aku, apa jua dasar dan polisi sekalipun tetap mengundang pro dan kontranya. Aku terpilih oleh JPN Pahang sebagai seorang peserta NPQEL untuk sesi 2017. Ini berlaku selepas melalui pelbagai tapisan sebelum berjaya dalam pemilihan. Ini termasuk mendapat sokongan GB, menjadi GPK disesebuah sekolah dan akhirnya proses temuduga. Satu kelemahan yang aku dapati ialah dari segi pengalaman perkhidmatan. Adalah lebih baik peserta NPQEL mempunyai pen...
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Dalam siri perkongsian pengalaman ini, mungkin ianya tidak disusun seperti cerita masa kecil, masa dewasa, sebelum dan selepas kahwin, belajar di sekolah rendah dan menengah, di maktab perguruan ataupun di universiti. Ini disebabkan pengalaman itu datang macam ilham juga, ingat kemudian terus berkarya. InsyaAllah selepas beberapa peringkat, siri perkongsian ini akan dibuat mengikut tertib yang saya sebutkan di atas. Ini merupakan beberapa karya yang dihasilkan. Buku-buku ini khusus dibuat memandangkan bidang saya adalah guru sains rendah. Di anugerahkan pula sebagai guru cemerlang sains, Jadi sesuailah dengan bidang saya. Rupanya nak menghasilkan sesebuah buku, pengetahuan, pengalaman, ruang waktu yang digunakan dan penerbit yang akan menghasilkan buku kita merupakan antara faktor yang sangat penting untuk menghasilkan karya. Satu lagi faktor penting ialah kredibiliti kita sendiri. Kebetulan saya banyak terlibat ...
Kursus NPQEL (National Professional Qualitification for Educational Leaders) telah diperkenal oleh kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1999. Kursus ini dijalan dan dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki. Pelbagai modul pembelajaran disediakan dan kohort aku melalui modul yang telah dipertingkat sesuai dengan perkembangan semasa. Aku difahamkan, ambilan kohort berikutnya pula juga mempelajari modul yang lebih baru. Kursus NPQEL dikatakan antara prasyarat yang ditetapkan oleh KPM sebelum seseorang guru itu dilantik sebagai PGB (Pengetua, Guru Besar) di sesebuah sekolah. Bagaimanapun, ada juga negeri yang mempunyai syarat tambahan sebelum seseorang lepasan NPQEL diiktiraf sebagai PGB. Boleh dikatakan, sebaik dipilih menjadi peserta, sebelah kaki peserta telahpun menjejaki bakal PGB, cuma kekosongan jawatan, kekananan perkhidmatan dan kejayaan menamatkan kursus dengan cemelang akan menentukan kedudukan bakal peserta selanjutnya. Peserta kursus yang menamatkan pengaji...
Comments
Post a Comment