Posts

Perkongsian 23 - Aku dan SK Sungai Isap, Kuantan

Image
Aku mendaftar masuk ke SK Sungai Isap, Kuantan pada 01.01.2000. SK Sungai Isap merupakan sekolah yang ke 3 aku ditempatkan selepas berkhidmat di SK Jabor, Kuantan - 1987 hingga 1994, SRK Pengkalan Tentera, Kuantan - 1994 hingga 1999. Kedatanganku disambut oleh guru besar ketika itu, Puan Hajjah Noresah. Lama juga aku bertugas di SK Sungai Isap, 15 tahun lamanya sebelum aku berubah angin ke SK Sungai Talam, Kuantan dan mengakhiri khidmatku di SK (LKTP) Lepar Hilir 1, Kuantan. Celoteh aku tentang pengalamanku di semua sekolah yang aku lempiaskan khidmatku akan ku cerita dari masa ke semasa dalam beberapa siri perkongsian yang akan datang. Di SK Sungai Isap, aku berusaha sebaik mungkin untuk sama-sama memajukan sekolah dengan rakan-rakan guru yang lain. Keringatku dan warga SK Sungai Isap terakannya rasa berbaloi apabila sekolahku berjaya mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara kategori luar bandar pada tahun 2006. Sepanjang aku berada di SK Sungai Isap, Kuantan, aku semp...

Perkongsian 22 - Ikon Kebajikan Negara : Ustaz Ebit Liew

Image
Kisah Ustaz Ebit Liew dengan kerja-kerja amal dan kebajikan beliau seakannya menjadi fenomena buat masa kini. 'Road tour' UEL mendapat perhatian dan tumpuan warganet. Walaupun media masa arus perdana khasnya televisyen tidak mendapat tempat dan jarang untuk menyiarkan perjalanan UEL, ianya tidak menghalang usaha-usaha dakwah dijalankan oleh UEL. Berbekalkan tagline 'keluarga sunnah' dan 'Allah sayang kita semua', Ustaz Ebit Liew terus melangkah dengan penuh yakin untuk menyampaikan dakwah dan dalam masa yang sama menyalur pelbagai sumbangan khususnya dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Rasulullah SAW. Bagaimanapun, usaha kebajikan yang dilakukan oleh UEL menempuh sedikit kontroversi apabila ada pihak lain yang cuba mempertikaikan cara pertolongan dan kebajikan yang dibuat UEL. Ada yang cuba mengupas soal keikhlasan hati UEL s...

Perkongsian 21 - Lulusan NPQEL

Image
Kursus NPQEL (National Professional Qualitification for Educational Leaders) telah diperkenal oleh kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1999. Kursus ini dijalan dan dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki. Pelbagai modul pembelajaran disediakan dan kohort aku melalui modul yang telah dipertingkat sesuai dengan perkembangan semasa. Aku difahamkan, ambilan kohort berikutnya pula juga mempelajari modul yang lebih baru. Kursus NPQEL dikatakan antara prasyarat yang ditetapkan oleh KPM sebelum seseorang guru itu dilantik sebagai PGB (Pengetua, Guru Besar) di sesebuah sekolah. Bagaimanapun, ada juga negeri yang mempunyai syarat tambahan sebelum seseorang lepasan NPQEL diiktiraf sebagai PGB. Boleh dikatakan, sebaik dipilih menjadi peserta, sebelah kaki peserta telahpun menjejaki bakal PGB, cuma kekosongan jawatan, kekananan perkhidmatan dan kejayaan menamatkan kursus dengan cemelang akan menentukan kedudukan bakal peserta selanjutnya. Peserta kursus yang menamatkan pengaji...

Perkongsian 20 - Banjir Besar 2003

Image
Tahun 2003, menyingkap satu bencana banjir besar di Kuantan. Kawasan tumpuan ialah di Perkampungan Sungai Isap, Kuantan. Banjir besar ini berlaku sekitar bulan Disember 2003. Jutaan aset dan harta penduduk musnah dalam sekelip mata. Ini termasuk rumah kediaman, kenderaan, perabot, pelbagai barangan elektrik dan banyak dokumen penting musnah. Berita banjir besar ini disiarkan hampir setiap malam di kaca televisyen. Menjadikan perkampungan Sungai Isap popular di Malaysia. Hampir dua minggu jugalah penduduk bertungkus-lumus menghadapi ujian Allah yang berat ini. Pelbagai teori penyebab berlakunya banjir besar ini dikomentarkan baik di media sosial mahupun di warung kopi. Antara cerita yang menarik, Empangan Sungai Kobat pecah, ada yang kata empangan tersebut terpaksa dilepaskan air yang tidak mampu ditampung, masalah perparitan di Taman Sungai Isap Damai dan ada pula yang berkata tebing Sungai Isap ketika itu roboh menyebabkan air melimpah. Waima apapun teori dan penye...

Perkongsian 19 - Ceramah Sains

Image
Aku bergerak aktif sebagai penceramah khususnya untuk subjek sains sebaik aku dilantik sebagai GC sains. Sejak dari itu, jemputan untuk menyampaikan ceramah bertali-arus dari pelbagai pihak khasnya dari sekolah-sekolah sama ada sekolah dari dalam daerah, luar daerah dan ada masanya di luar negeri Pahang. Itulah antara kelebihan apabila kita ada 'title' sebagai GC. Sebaik menerima undangan untuk berceramah, sepastinyalah kita wajib membuat persediaan. Ini termasuk membuat slaid atau power point persembahan - nadi sesebuah ceramah., bahan atau 'hand-out' untuk peserta, sedikit saguhati untuk tarikan - gula-gula, alatulis, buku, 'key-chain' dan sebagainya. Ini penting kerana jika diuruskan dengan baik, murid-murid akan berada pada mood yang sentiasa bersedia untuk terus berada dalam sesi ceramah. Kita mesti fokus pada hasrat asas penganjur ceramah. Pengisian itulah yang menjadi topik utama untuk kita sampaikan. Sementara yang lain bertindak sebag...

Perkongsian 18 - Guru Cemerlang

Image
Menjadi seorang Guru Cemerlang(GC) mengikut kepakaran kita pada hakikatnya bukanlah satu perkara yang mudah.  Bukan sahaja sukar untuk diiktiraf sebagai GC tetapi sukar juga apabila kita sudah dilantik sebagai GC.  Kenapa jadi begitu?. Kesukaran sebelum dilantik ialah kita perlu benar-benar mantap dalam bidang kepakaran kita. Untuk diuji kemantapan ilmu kita pula, kita akan dinilai oleh sepasukan nazir sekolah untuk beberapa kali. Perlu ada dokumentasi dan perlu mempunyai kerja yang hebat di lapangan. Untuk memantapkan lagi kesiapsiagaan GC, kita juga diuji tentang hubungan dengan rakan sebaya, murid-murid, pihak pentadbir sekolah dan tidak kurang juga terhadap ibu bapa dan komuniti setempat. Sekiranya semua ujian tersebut lulus, barulah kita diangkat sebagai Guru Cemerlang mengikut bidang masing-masing. Kenapa sukar pula sebaik dilantik sebagai GC? Sukar kerana sebagai GC kita memegang amanah yang besar bagi melaksanakan pelbagai tugasan yang sedia menan...