Aku mendaftar masuk ke SK Sungai Isap, Kuantan pada 01.01.2000. SK Sungai Isap merupakan sekolah yang ke 3 aku ditempatkan selepas berkhidmat di SK Jabor, Kuantan - 1987 hingga 1994, SRK Pengkalan Tentera, Kuantan - 1994 hingga 1999. Kedatanganku disambut oleh guru besar ketika itu, Puan Hajjah Noresah. Lama juga aku bertugas di SK Sungai Isap, 15 tahun lamanya sebelum aku berubah angin ke SK Sungai Talam, Kuantan dan mengakhiri khidmatku di SK (LKTP) Lepar Hilir 1, Kuantan. Celoteh aku tentang pengalamanku di semua sekolah yang aku lempiaskan khidmatku akan ku cerita dari masa ke semasa dalam beberapa siri perkongsian yang akan datang. Di SK Sungai Isap, aku berusaha sebaik mungkin untuk sama-sama memajukan sekolah dengan rakan-rakan guru yang lain. Keringatku dan warga SK Sungai Isap terakannya rasa berbaloi apabila sekolahku berjaya mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara kategori luar bandar pada tahun 2006. Sepanjang aku berada di SK Sungai Isap, Kuantan, aku semp...