Perkongsian 14 - Kehilangan dalam keluargaku
Ini adalah sebahagian ahli keluarga sebelah ibu tiriku. Aku kehilangan ibu kandungku semasa aku berusia 9 tahun. Hanya sebahagian kecil kenangan yang mampu aku ingati, maklumlah masih budak-budak. Selang dua tiga tahun, aku mendapat seorang ibu baru. Panggilan orang Terengganu untuk ibu adakalanya lebih mesra dengan panggilan sebagai cek. Aku membesar dengan asuhan dan didikan cek. Aku ada 7 orang adik-beradik sebelah ibu kandungku, Din, aku sendiri, Mohd Zaid (Almarhum), Mohd Ali, Zahari (Almarhum), Wahab dan abang sulungku Abdul Manan (Almarhum). Sementara adik-beradik sebelah ibu tiriku ialah Anuar, Mek (Hidayah), Fadhil, Saufi, Noor, Joe, Ayu dan Mimi. Mereka menetap di persekitaran Kuala Terengganu dan rumah induk ibuku ialah di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu. Saban tahun, aku akan balik ke Durian Burung untuk menyambut hari raya dan ada masanya di Kuala Berang di rumah abangku, Mohd Ali dan Allayarham Mohd Zaid. Apa yang sedihnya, aku kehilangan orang-orang y...